PENGUJIAN
Pengujian merupakan cara yang
sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang murid dalam
pembelajarannya. Mengikut Airasian (2005), ujian merujuk satu prosedur formal
yang sistematik untuk mengumpulkan maklumat mengenai prestasi murid. Miler, Linn
& Grondlund (2009) pula mendefinisikan ujian sebagai satu instrumen atau
prosedur yang sistematik untuk mengukur sampel tingkah laku dengan mengemukakan
satu set soalan secara formal. Menurut mereka, ujian akan menjawab soalan
“Betapa baik pencapaian seseorang individu sama ada secara perbandingan dengan
yang lain atau dengan satu domain tugasan pencapaian”. Sebenarnya, ujian
merupakan prosedur objektif dan sistematik untuk mengukur satu sampel tingkah
laku seperti kemahiran murid dari segi lisan,bertulis dan saintifik atau
matematik, pencapaian keseluruhan dan prestasi murid. Cara melaksanakan
termasuk beberapa jenis ujian seperti ujian pensel dan kertas, ujian lisan ,
portfolio dan ujian prestasi.
Menurut Cronbach
(1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan
atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala
bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Misalnya, skala bernombor seperti
angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ
Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti
Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula seperti ‘ekstrovert’ atau
‘introvert’ bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan
Kepentingan
pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan
di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah
Haji Sabran (1991) yang menegaskan bahawa: “Ujian adalah suatu cara untuk
mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan
yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan
dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2)”
Hasil daripada
jawapan yang diberikan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang disebut
sebagai markah akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian menjelaskan
keadaan berapa baguskah prestasi murid yang diuji. Dalam pengujian, maklumat
yang sah amat penting. Guru yang menggunakan ujian perlu menentukan jenis maklumat
yang diperluakan . maka, guru harus jelas dengan tujuan pengujian di dalam
bilik darjah serta meastikan ujian yang digunakan mememnuhi tujuan yang
diingini.
Secara
ringkasnya, pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik bagi mengukur
perubahan tingkah laku. Tujuan ialah menentukan pencapaian murid dalam sesuatu
pembelajaran. Ianya boleh dibuat dalam
bentuk pemerhatian, ujian lisan mahupun bertulis.
|
ASPEK
|
PENGUJIAN
|
|
Definisi
|
Alat untuk mengukur perubahan
tingkah laku murid
|
|
Tujuan utama
|
Menentukan pencapaian sesuatu
pembelajaran
|
|
Orientasi/ Fokus
|
Terhad pada sesuatu kemahiran atau
unit pembelajaran
|
|
Kaedah/ bentuk
|
Pemerhatian, temu bual, soal
selidik atau soalan-soalan ujian.
|
|
Kegunaan
|
Untuk mengesan pengetahuan sedia
ada murid dan pencapaian selepas suatu kemahiran/ unit pembelajaran.
|
|
Keputusan
|
Pencapaian suatu kemahiran atau
penguasaan pembelajaran yang spesifik.
|
PROSEDUR PENGUJIAN
Langkah-langkah Penggubalan Ujian
1. Menetapkan objektif ujian yang
akan ditadbirkan
- Jenis ujian yang akan dibina
●
Ujian pencapaian, ujian bakat, ujian
diagnostik
- Alat
uji yang akan digubal
●
Item soalan, pemerhatian, senarai
semak
2. Menentukan isi kandungan dan
kemahiran yang akan diuji
-Merujuk kepada sukatan pelajaran
yang dikeluarkan PPK
-Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah
(KBSM dan KSSM)
-Berasaskan kemahiran bahasa yang
telah diajarkan di dalam kelas
3. Menetapkan taksonomi ujian
-Terdapat tiga jenis taksonomi, iaitu
:
➢
Taksonomi kognitif
➢
Taksonomi afektif
➢
Taksonomi psikomotor
4. Menggubal Jadual Spesifikasi Ujian
-Dibuat dengan tujuan meranga
penggubalan soalan ujian
-Perkara yang diambil kira semasa
membina JSU ialah
▪
Pemberatan soalan
➢
Bilangan soalan bagi setiap kandungan
dana aras
➢
Pembahagian pemberatan dikira
berdasarkan peratusan
▪
Jenis soalan
➢
Bergantung kepada matlamat p&p
dan aras soalan. Untuk menguji kemahiran mengarang lebih sesuai dalam soalan
subjektif, manakala bagi kemahiran kefahaman dan tatabahasa menggunakan soalan
objektif san subjektif.
▪
Panjang masa ujian
➢
Ditentukan oleh jenis ujian dan
bilangan soalan
➢
Anggaran masa berasaskan andaian 80%
pelajar boleh menjawab semua butiran yang dikemukakan.
▪
Jumlah butiran/item
➢
Mewakili domain yang hendak diuji,
sama ada item objektif dan subjektif.
▪
Aras taksonomi soalan
➢
Berasaskan aras kesukaran yang dapat
membezakan antara yang pandai, sederhana dan lemah.
No comments:
Post a Comment