KONSEP PENTAKSIRAN
Pentaksiran ialah satu proses sistematik yang memainkan peranan
penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermula dengan penetapan
objektif pembelajaran memastikan pencapaian murid terhadap pembelajaran dan
membuat pertimbangan mengenai tahap pencapaian tersebut.
Pentaksiran bilik darjah dilaksanakan bertujuan untuk membuat
keputusan instruksional, bimbingan, pentadbiran dan penyelidikan sebagai
motivasi pembelajaran.
ASSESSMENT FOR LEARNING (AFL)
Pentaksiran untuk pembelajaran berbentuk formatif dan bertujuan
untuk menyediakan maklumat kepada guru untuk mengubah suai aktiviti pengajaran
dan pembelajaran demi penambahbaikan secara berterusan.
ASSESSMENT AS LEARNING (ASL)
Pentaksiran sebagai pembelajaran memberi fokus kepada murid yang
mengambil tanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri. Penilaian kendiri
dianggap sebagai aspek utama dalam pentaksiran sebagai pembelajaran.
ASSESSMENT OF LEARNING (AOL)
Pentaksiran tentang Pembelajaran merupakan strategi melaporkan
pencapaian murid pada akhir sesuatu unit atau program. Pentaksiran tentang
Pembelajaran bertujuan untuk menentukan aras matlamat pengajaran dan
pembelajaran yang dapat dicapai supaya boleh memberikan pensijilan kepada
pencapaian murid.
PERBANDINGAN ANTARA PENTAKSIRAN UNTUK PEMBELAJARAN, PENTAKSIRAN
TENTANG PEMBELAJARAN DAN PENTAKSIRAN SEBAGAI PEMBELAJARAN.
Ciri Utama
|
Pentaksiran Untuk Pembelajaran
|
Pentaksiran tentang Pembelajaran
|
Pentaksiran sebagai Pembelajaran
|
Tujuan
|
Menggalakkan peningkatan dalam
pencapaian untuk membantu murid menepati standard; menyokong perkembangan
murid secara berterusan ; penambahbaikan
|
Mendokumentasikan pencapaian murid
serta penguasaan standard; mengukur kedudukan pencapaian pada sesuatu ketika
untuk tujuan pelaporan
|
Meningkatkan rasa tanggungjawab
murid atas pembelajaran sendiri; menggalakan penilaian kendiri untuk perkembangan
diri murid.
|
Fokus Pentaksiran
|
Sasaran pencapaian spesifik yang
ditentukan oleh guru untuk membolehkan murid mencapai standard
|
Akauntabiliti terhadap standard
pencapaian dipertanggungjawab kepada sekolah, guru dan murid
|
Standard pencapaian dipertanggungjawabkan
kepada murid sendiri
|
Masa/Tempoh pelaksanaan
|
Semasa pembelajaran
|
Selepas pembelajaran
|
Secara berterusan dalam
pembelajaran
|
Kegunaan
|
Memberikan maklum balas kepada
murid untuk menambah baik pembelajaran, membantu guru menganalisis kelemahan
dan keperluan murid, mambantu ibu bapa/penjaga memantau kemajuan pembelajaran
anak serta memberikan sokongan/bimbingan kepada murid.
|
Memberikan pensijilan kepada murid
mengenai pencapaian, menyaring murid berdasarkan pencapaian, penempatan, kenaikan dan
graduasi.
|
Memberikan maklum balas terhadap
kemajuan berdasarkan penilaian kendiri, penilaian rakan sebaya, menambah baik
pembelajaran secara kendiri dan menggariskan perkembangan diri dalam
pembelajaran.
|
Peranan Guru
|
Mentransformasi standard ke dalam
sasaran bilik darjah yang ingin dicapai; membina alat pentaksiran; modifikasi
pengajaran berdasarkan keputusan; memberikan maklum balas kepada murid dan
melibatkan murid dalam pentaksiran.
|
Mentadbir ujian dengan baik untuk
memastikan kejituan dan kebolehbandingan dalam keputusan; menggunakan
keputusan untuk membantu murid menepati standard; menginterpretasi keputusan
untuk ibu bapa/penjaga; menggubal alat pentaksiran untuk penggredan dalam kad
pelaporan.
|
Menetapkan sasaran pencapaian bersama-sama
murid; menggalakkan murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri;
menyediakan cara untuk menggunakan maklum balas atau tidak formal serta
penilaian kendiri untuk memahami langkah pembelajaran selanjutnya; membantu
murid menyoal tentang pembelajaran sendiri.
|
Peranan Murid
|
Sentiasa mengikut kemajuan
sendiri; menyumbang kepada pencapaian matlamat; mengambil tindakan terhadap
keputusan pentaksiran supaya beransur dalam menambah baik prestasi.
|
Belajar untuk memenuhi standard;
mengambil ujian yang ditadbir dan berusaha untuk mendapat skor tertinggi
mengelakkan kegagalan.
|
Memantau kemajuan diri supaya
mencapai sasaran;membuat penilaian kendiri untuk menambah baik prestasi.
|
Contoh Instrumen Pentaksiran
|
Pelbagai alat pengukuran sama ada
tradisional atau autentik; rubrik pemarkahan; maklum balas kualitatif kepada
murid.
|
Ujian pencapaian; peperiksaan
akhir; ujian sumatif; ujian penempatan.
|
Penilaian kendiri; penilaian rakan
sebaya.
|
RUMUSAN
Pentaksiran bilik darjah bertujuan untuk membuat keputusan dalam
pengajaran dan pembelajaran, bimbingan pembelajaran dan kerjaya, penyelidikan
berasaskan data, menentukan aspek pentadbiran dan memberikan motivasi kepada
murid.
Secara keseluruhannya, Pentaksiran untuk Pembelajaran merupakan
maklum balas berterusan secara deskriptif membantu guru menambah baik proses
pengajaran manakala murid membaiki prestasi pembelajaran dan Pentaksiran
sebagai pembelajaran menekankan penilaian kendiri, penilaian rakan sebaya dan
membuat refleksi sebagai pendorong pembelajaran, manakala Pentaksiran tentang
Pembelajaran merupakan pentaksiran sumatif yang diadakan pada akhir sesuatu
unit untuk penggredan.
No comments:
Post a Comment