Search This Blog

Saturday, 18 November 2017

PENGUJIAN DALAM BAHASA MELAYU



PENGUJIAN
Pengujian merupakan cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang murid dalam pembelajarannya. Mengikut Airasian (2005), ujian merujuk satu prosedur formal yang sistematik untuk mengumpulkan maklumat mengenai prestasi murid. Miler, Linn & Grondlund (2009) pula mendefinisikan ujian sebagai satu instrumen atau prosedur yang sistematik untuk mengukur sampel tingkah laku dengan mengemukakan satu set soalan secara formal. Menurut mereka, ujian akan menjawab soalan “Betapa baik pencapaian seseorang individu sama ada secara perbandingan dengan yang lain atau dengan satu domain tugasan pencapaian”. Sebenarnya, ujian merupakan prosedur objektif dan sistematik untuk mengukur satu sampel tingkah laku seperti kemahiran murid dari segi lisan,bertulis dan saintifik atau matematik, pencapaian keseluruhan dan prestasi murid. Cara melaksanakan termasuk beberapa jenis ujian seperti ujian pensel dan kertas, ujian lisan , portfolio dan ujian prestasi.
Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Misalnya, skala bernombor seperti angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula seperti ‘ekstrovert’ atau ‘introvert’ bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan
Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran (1991) yang menegaskan bahawa: “Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2)”
Hasil daripada jawapan yang diberikan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian menjelaskan keadaan berapa baguskah prestasi murid yang diuji. Dalam pengujian, maklumat yang sah amat penting. Guru yang menggunakan ujian perlu menentukan jenis maklumat yang diperluakan . maka, guru harus jelas dengan tujuan pengujian di dalam bilik darjah serta meastikan ujian yang digunakan mememnuhi tujuan yang diingini.
Secara ringkasnya, pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku. Tujuan ialah menentukan pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran. Ianya boleh  dibuat dalam bentuk pemerhatian, ujian lisan mahupun bertulis.

ASPEK
PENGUJIAN
Definisi
Alat untuk mengukur perubahan tingkah laku murid
Tujuan utama
Menentukan pencapaian sesuatu pembelajaran
Orientasi/ Fokus
Terhad pada sesuatu kemahiran atau unit pembelajaran
Kaedah/ bentuk
Pemerhatian, temu bual, soal selidik atau soalan-soalan ujian.
Kegunaan
Untuk mengesan pengetahuan sedia ada murid dan pencapaian selepas suatu kemahiran/ unit pembelajaran.
Keputusan
Pencapaian suatu kemahiran atau penguasaan pembelajaran yang spesifik.

PROSEDUR PENGUJIAN
Langkah-langkah Penggubalan Ujian
1. Menetapkan objektif ujian yang akan ditadbirkan
   - Jenis ujian yang akan dibina
       Ujian pencapaian, ujian bakat, ujian diagnostik
  - Alat uji yang akan digubal
       Item soalan, pemerhatian, senarai semak
2. Menentukan isi kandungan dan kemahiran yang akan diuji
-Merujuk kepada sukatan pelajaran yang dikeluarkan PPK
-Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah (KBSM dan KSSM)
-Berasaskan kemahiran bahasa yang telah diajarkan di dalam kelas


3. Menetapkan taksonomi ujian
-Terdapat tiga jenis taksonomi, iaitu :
      Taksonomi kognitif
      Taksonomi afektif
      Taksonomi psikomotor

4. Menggubal Jadual Spesifikasi Ujian
-Dibuat dengan tujuan meranga penggubalan soalan ujian
-Perkara yang diambil kira semasa membina JSU ialah
         Pemberatan soalan
      Bilangan soalan bagi setiap kandungan dana aras
      Pembahagian pemberatan dikira berdasarkan peratusan
         Jenis soalan
      Bergantung kepada matlamat p&p dan aras soalan. Untuk menguji kemahiran mengarang lebih sesuai dalam soalan subjektif, manakala bagi kemahiran kefahaman dan tatabahasa menggunakan soalan objektif san subjektif.
         Panjang masa ujian
      Ditentukan oleh jenis ujian dan bilangan soalan
      Anggaran masa berasaskan andaian 80% pelajar boleh menjawab semua butiran yang dikemukakan.
         Jumlah butiran/item
      Mewakili domain yang hendak diuji, sama ada item objektif dan subjektif.
         Aras taksonomi soalan
      Berasaskan aras kesukaran yang dapat membezakan antara yang pandai, sederhana dan lemah.


Wednesday, 8 November 2017

Instrumen dalam Pentaksiran Bahasa Melayu

Instrumen Ujian


Instrumen
Lembaran kerja
Maksud syair, tema, persoalan, nilai dan pengajaran
Langkah-langkah
  1. Guru menayangkan video tentang Syair Bidasari
  2. Guru meminta semua pelajar memberikan sepenuh perhatian terhadap video tersebut
  3. Selepas tayangan video, guru memilih secara rawak pelajar untuk mengalunkan syair dengan intonasi yang betul.
  4. Guru memberi lembaran kerja untuk diisi oleh pelajar dalam masa 15 minit.
  5. Guru mengumpulkan semua lembaran kerja untuk dinilai.
  6. Guru akan memilih beberapa helaianlembaran kerja yang tidak lengkap atau tidak dapat disiapkan untuk dinilai di dalam kelas dan membetulkan kesalahan pelajar.

Rubrik
Tahap
Markah
Kriteria
Cemerlang
80-100
  • Tema – dapat dinyatakan dengan tepat
  • 5 isi bagi setiap persoalan, nilai dan pengajaran
Sederhana
60-79
  • Tema- kurang tepat
  • 3 isi bagi setiap persoalan, nilai, dan pengajaran.
Lemah
0-59
  • Tema –tidak tepat
  • 1 isi bagi setiap persoalan, nilai dan pengajaran.


Pentaksiran dalam Bilik Darjah

Pentaksiran Bilik Darjah adalah satu kaedah pengujian yang teliti terhadap pembelajaran murid secara lisan dan tulisan. Satu proses yang memerlukan ulasan, respon dan tindak balas semasa proses PdPc.

MODE PEMBELAJARAN TIME TOKEN
Langkah-langkah:

  1. Guru  bagi penerangan terhadap sesuatu topik contohnya Kata Nama.
  2. Murid di minta memberi respon terhadap kefahaman  topik  yang diterangkan.
  3. Murid di minta untuk membuat kumpulan dan seorang ketua dilantik bagi melancarkan perbincangan yang akan diadakan.
  4. Murid diberikan selama 5 minit untuk membentangkan hasil perbincangan.
  5. Pelajar lain boleh bersoal jawab jika ada ketidakfahaman.

Berdasarkan model pembelajaran Time Token dapat dikasifikasikan sebagai pembelajaran bilik darjah secara aktif yang melibatkan  pelajar mendengar, bercakap, membaca,dan menulis. Murid juga meibatkan diri dalam kaedah pembelajaran secara bersoal jawab, perbincangan dalam kumpulan, dan juga menjawab soalan secara spontan.
Rubrik
  1. Guru menilai pelajar daripada semangat berkerjasama dalam kumpulan dan juga pembentangan di dalam kelas.
  2. Mentaksir daripada isi kandungan yang disampaikan mengikut pencapaian yang tinggi atau rendah.
          

PENGUJIAN DALAM BAHASA MELAYU

PENGUJIAN Pengujian merupakan cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang murid dalam pembelajarannya. Men...